80 buah rumah atas air musnah terbakar

Foto ihsan Bomba

TAWAU – 80 buah rumah atas air musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas, Tawau, di sini, pagi ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin, panggilan kecemasan diterima pada jam 7.46 pagi dan pasukan pertama tiba di lokasi pada jam 7.55 pagi.

"Kebakaran melibatkan rumah atas air jenis tidak kekal dengan anggaran 80 buah rumah musnah terbakar 100%.

"Terdapat 3 orang mangsa terlibat mengalami sesak nafas diberi rawatan awal dilokasi oleh pasukan Bomba," katanya.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dengan tiga pancutan air yang disalurkan dari jentera dan pili bomba.

Operasi turut melibatkan seramai 58 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, BBP Kunak, Unit Drone, dan Bomba Komuniti Titingan.

Operasi turut dibantu oleh agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Sabah Electricity.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama