1 maut, 2 parah kenderaan bertembung di Tuaran

 

 Dua buah kenderaan jenis Proton Saga bertembung dengan Produa Alza, berlaku di hadapan Speedmart, Kg Indai.

TUARAN: Sebuah kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan jenis Proton Saga bertembung dengan Produa Alza, berlaku di hadapan Speedmart, Kg Indai, pagi tadi.

Mangsa, seorang lelaki berusia 24 tahun, tercampak keluar dari kenderaan semasa perlanggaran berlaku disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, PKPgB Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7:39 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 7:50 pagi.

Menurutnya, mangsa kedua, seorang lelaki berusia 41 tahun, mengalami kecederaan ringan. Manakala, seorang lagi mangsa yang identitinya belum dikenal pasti mengalami kecederaan parah.

“Mangsa-mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan Bomba, hari ini.

Katanya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada lagi bahaya lain dan operasi ditamatkan pada jam 9.15 pagi.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama