Kota Kinabalu - Sebanyak enam projek siap bernilai RM65.5 juta telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam Majlis Penyerahan Projek Siap Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Sabtu.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan dan merangkumi tiga projek tebatan banjir, satu projek pemuliharaan muara, satu projek mencegah hakisan pantai, serta satu projek menaiktaraf rumah pam.
Langkah ini dijangka meningkatkan keupayaan pengurusan sumber air dan melindungi komuniti daripada ancaman banjir serta hakisan.
"Tiga projek yang telah diserahkan ialah rancangan tebatan banjir Sungai Tawau, lembangan Sungai Tawau, Tawau (Fasa 1A); rancangan tebatan banjir Sungai Kedamaian, Sungai Tempasuk, Sungai Abai, dan Sungai Kawang-Kawang di Kota Belud; serta rancangan tebatan banjir Bandar Sierra, lembangan Sungai Telipok, Kota Kinabalu.
Fadhillah berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek-Projek Siap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada Kerajaan Negeri Sabah yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, di sini, pada Sabtu.
Manakala tiga lagi projek utama diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam majlis anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), termasuk Projek Pemuliharaan Muara, Projek Mencegah Hakisan Pantai, dan Projek Menaik Taraf Rumah Pam.
Menurut Fadillah, salah satu projek yang diserahkan ialah Projek Pemuliharaan Sungai Tuaran di Kampung Tompinahaton, Kiulu.
"Dengan pelaksanaan dan penyiapan tiga projek tebatan banjir ini, seluas 1,403 hektar kawasan banjir dapat dikurangkan, memberi manfaat dan perlindungan kepada seramai 20,000 penduduk daripada risiko banjir.
"Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Sungai Tuaran di Kampung Tompinahaton, Kiulu, berjaya mencegah risiko bencana runtuhan tebing sungai.
"Projek ini turut memberi perlindungan kepada harta benda awam seperti balai raya, kawasan perkuburan, dan 300 kediaman penduduk," katanya.
Manakala bagi Projek Mencegah Hakisan Pantai di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik, telah memberi perlindungan kepada hampir 1,000 penduduk dan kemudahan awam seperti klinik kesihatan, balai polis, dan jeti daripada hakisan akibat pukulan ombak.
"Projek ini, yang direka bentuk secara 'in-house design' oleh JPS, dijangka membantu menjana industri pelancongan dan meningkatkan sumber ekonomi penduduk di kawasan tersebut.
"Seterusnya, Projek Menaik Taraf Rumah Pam Likas mampu mengurangkan impak banjir di kawasan sekitar melalui peningkatan kecekapan kawalan banjir dengan tahap kesiapsiagaan operasi selama 24 jam dan tujuh hari seminggu," ujarnya.
Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Kerajaan Persekutuan menerusi PETRA telah meluluskan 82 projek dengan kos keseluruhan RM8.5 bilion untuk Sabah.
Jumlah peruntukan semasa di bawah Rolling Plan 4 (RP4) bagi RMKe-12 pada tahun 2024 ialah RM674.4 juta.
Selain itu, JPS Sabah turut diperuntukkan sebanyak RM116.77 juta untuk pelaksanaan 27 projek di bawah Rolling Plan 5 (RP5) bagi memastikan kesejahteraan dan peningkatan sosio-ekonomi rakyat Sabah.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.