KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai lemas ketika mandi di sungai Kampung Piasau, di sini, petang tadi.
Kanak-kanak berumur 10 tahun itu dikatakan melakukan aktiviti mandi manda, sebelum dilaporkan lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.41 petang.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)
“Pasukan bomba terus mengambil maklumat di lokasi dan menjalankan operasi di sekitar sungai berkenaan.
“Pasukan bomba menggunakan kaedah ‘surface recue’ sepanjang operasi hari pertama dilakukan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Muhammad Syazwan berkata, sehingga kini mangsa masih belum ditemukan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.