Penunggang maut, motosikal bertembung MPV


 

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 38 Jalan Penampang - Tambunan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) di lokasi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata hasil siasatan motosikal mangsa telah hilang kawalan dan terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta MPV di laluan bertentangan. 

“Mangsa mengalami kecederaan parah akibat daripada kemalangan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, pemandu MPV terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi kejadian diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama