Pasangan warga emas cemas, kereta masuk longkang

Keadaan kenderaan dinaiki pasangan warga emas selepas hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Chong Thien Vun, di sini, pagi tadi. Foto | Ihsan Bomba.

TAWAU : Sepasang suami isteri warga emas menempuh detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang  di Jalan Chong Thien Vun, dekat sini, hari ini.

Ketuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, sebuah jentera dan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 8.47 pagi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran di kawasan itu.

"Pasangan suami dan isteri masing-masing berusia 79 dan 78 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan dengan selamat anggota bomba. 

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Tawau menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut" katanya dalam kenyataan hari ini.

Jemishin berkata, operasi ditamatkan pada jam 9.07 pagi sebaik anggota memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di kawasan kemalangan.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama