Musa Aman dilantik sebagai TYT Sabah hari ini

Istana Negara


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sebagai Yang di-Pertua (TYT) Negeri Sabah ke-11, hari ini.

Istiadat terbabit berlangsung bertempat di Balairung Kecil, Istana Negara.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sibuga itu turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun di sini hari ini. 

Musa dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak tahun 2011.

Ini sekaligus menjadikan beliau sebagai TYT dengan tempoh paling lama berkhidmat, setakat ini.

Disamping itu, Musa yang merupakan anak Jati Beaufort itu pula berkhidmat menjadi Ketua Menteri Sabah dalam tempoh paling lama bermula pada tahun 2003 sehingga 2018.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama