Gempa bumi lemah landa Ranau, Sabah

 

Foto ihsan: METMalaysia

RANAU: Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah, sekitar jam 10:01 pagi tadi. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa tersebut berkedudukan 6.0 Utara dan 116.6 Timur dengan kedalaman 10 kilometer(KM) iaitu pada jarak 14km Barat dari Ranau.

“Gegaran mungkinan dirasai di kawasan sekitar Ranau, Sabah,” katanya. 

METMalaysia berkata bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan itu.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama