![]() |
Mangsa remaja dan kanak-kanak ditemui meninggal dunia manakala lelaki, 48, masih belum ditemui - Foto ihsan Bomba |
PAPAR– Aktiviti mandi manda bertukar tragedi apabila dua mangsa dilaporkan meninggal dunia dipercayai lemas dalam kejadian di Pantai Bundusan, Kampung Bundasan, Papar, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 5.38 petang.
Seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.01 petang.
“Terdapat empat mangsa terlibat dalam insiden ini ketika menjalankan aktiviti mandi-manda.
"Mangsa lelaki berusia 14 tahun dijumpai oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia selepas bantuan CPR diberikan pegawai perubatan.
"Manakala seorang lagi mangsa ditemui penduduk kampung dan bomba terdampar ditepi pantai,"katanya
Mangsa remaja, 14, dan kanak-kanak, 7, ditemui meninggal dunia manakala lelaki, 48, masih belum ditemui.
Sementara itu, Seorang lagi kanak-kanak, 12, berjaya diselamatkan oleh orang kampung.
Pasukan Bomba sedang giat menjalankan operasi SAR untuk mencari mangsa yang masih hilang.
Turut membantu dalam operasi ini ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan penduduk tempatan.
Setakat ini, mangsa yang hilang masih belum ditemui, dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.