Lelaki patah rahang, tak pasal-pasal kena tumbuk ketika buang air kecil

 

Suspek ditahan selepas mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki, dalam kejadian di Tandas Awam Jalan Chen Fok, tengah hari semalam. Foto | Ihsan PDRM.


TAWAU : Seorang lelaki mengalami patah bahagian rahang selepas ditumbuk lelaki tidak dikenali di tandas awam Jalan Chen Fok, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa lelaki berumur 30-an itu dikatakan hendak membuang air kecil sebelum secara tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali lalu menumbuk mukanya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami patah bahagain rahang sebelum tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak daripada laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau telah menahan seorang lelaki dikenalpasti terlibat dengan kes berkenaan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek terbabit mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah.

"Suspekp ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut. 

'"Kes disiasat dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada orang lain," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama