![]() |
Foto ihsan Bomba |
Keningau– Dua mangsa tersepit manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kimanis-Keningau, di sini petang tadi.
Mangsa melibatkan pemandu lori, 38 dan pembantunya, 20, mpemandu Toyota Avanza, 25 tahun, turut mengalami kecederaan, manakala pemandu Toyota Fortuner, lelaki berusia 29 tahun, dilaporkan selamat.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, kemalangan itu membabitkan sebuah lori dua tan, Toyota Avanza, Toyota Hilux dan Toyota Fortuner.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, panggilan kecemasan diterima melalui talian MERS999 pada jam 1.23 petang.
Seramai sembilan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 1.33 petang.
"Pasukan bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam lori dan memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital,"katanya.
Empat mangsa dikenal pasti terlibat, pemandu lori, seorang lelaki berusia 38 tahun, mengalami kecederaan bersama pembantunya, lelaki berusia 20 tahun dan pemandu Toyota Avanza, lelaki berusia 25 tahun, turut mengalami kecederaan, manakala pemandu Toyota Fortuner, lelaki berusia 29 tahun, dilaporkan selamat.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
"Operasi menyelamat berjaya dikawal pada jam 3.10 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.22 petang setelah memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian," ujarnya
Tamat.