Lelaki maut kereta terbabas di Tenghilan, Tuaran

Foto ihsan Bomba

 
TUARAN– Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit dalam kejadian di Kampung Munsung, Jalan Kindu Tenghilan, di sini, pagi ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Saiful bin Suhaimi, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan jenis Proton Saga lama yang terbabas sendiri.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11:30 pagi mengenai kemalangan berkenaan.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dikerahkan dan tiba di lokasi pada jam 11:40 pagi.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit.


"Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12:15 tengah hari, seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama