Lelaki ditahan belasah bekas isteri hingga lebam


TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas tergamak memukul bekas isterinya sehingga lebam di muka dalam kejadian di sebuah kampung, di sini, Khamis lalu. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu, semalam daripada seorang wanita berusia 30-an

Katanya, mengikut laporan diterima punca kejadian disebabkan berlaku perselisihan faham antara mangsa terbabit dengan bekas suaminya. 

“Mangsa dikatakan dipukul sehingga mengalami luka di bahagian hidung dan lebam di pipi, sebelum tampil membuat laporan polis.

“Susulan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau bertindak menjalankan operasi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 40-an itu berjaya dikesan dan ditahan, semalam di hadapan sebuah restoran di Batu 5 Jalan Apas, kira-kira jam 2 petang. 

“Suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama