Kerjasama GRS-PH Sabah akan kekal utuh - Hajiji

Gambar fail

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kerjasama pihaknya bersama Pakatan Harapan (PH) Sabah dibawah pimpinan Datuk Ewon Benedick sebagai pengerusi baharu akan kekal utuh.

Beliau yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah itu berkata pihaknya pelantikan terbabit juga disifatkan tidak mewujudkan sebarang halangan bagi dua gabungan politik terbabit meneruskan kerjasama yang sedia terjalin.

"Ya, apa masalahnya? Kawan (sekutu) dalam PH, pemimpin yang kita (jalin) kerjasama sebelum ini kita akan teruskan usaha.

"Gabungan dalam PH itu ada DAP, PKR, UPKO dan AMANAH, jadi campur dengan GRS, kkra ada banyak parti. Kita rapatkan kerjasama ini demi kebaikan Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035; Rangka Tindakan Transformasi Sulaman; Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan dan Aplikasi serta Buku ReTrack di bertempat Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Hajiji turut menzahirkan tahniah kepada Ewon atas lantikannya sebagai pengerusi PH Sabah baharu.

"Tahniah kepada beliau (Ewon) sudah jadi pengerusi baru. Kita harap hubungan kerjasama perpaduan di antara parti-parti Sabah ini terutamanya (parti dalam) PH dan GRS akan terus mantap," katanya. 

Baru-baru ini, media melaporkan Ewon selaku Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dilantik menjadi PH Sabah yang baharu bagi penggal 2024 sehingga 2026.

Pemilihan terbabit dilaksanakan dalam satu mesyuarat agung PH Sabah yang diadakan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama