Kanak-kanak terkunci dalam kereta diselamatkan bomba

pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta











KUDAT- Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terkunci di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Axia di kawasan bersebelahan Bank Simpanan Nasional (BSN) Pekan Kudat, pada petang Selasa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.29 petang.

Sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Pasukan tiba di lokasi pada jam 4.33 petang dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki terkunci di dalam kenderaan tersebut.

"Operasi menyelamat dimulakan segera dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh empat minit dan diserahkan kepada ahli keluarganya," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.37 petang setelah pihak Bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama