![]() |
Foto ihsan Bomba |
KOTA KINABALU: Dua cedera apabila kereta dinaiki terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan di Jejambat Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Kampung Delima, di sini, petang tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.56 petang.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, melibatkan 10 anggota bersama dua jentera, tiba di lokasi pada jam 6.10 petang.
"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat tiga mangsa perempuan terperangkap di dalam kenderaan jenis Honda City tersebut.
"Dua mangsa berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan, manakala seorang lagi mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya.
Mangsa yang cedera, masing-masing berusia 17 dan 12 tahun, telah dihantar ke Hospital KPJ menggunakan jentera Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Manakala mangsa ketiga tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.27 petang selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.