Kanak-kanak lelaki cedera dalam kebakaran di Ranau

Foto Ihsan Bomba Ranau. 


RANAU: Seorang kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Rapak di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu turut memusnahkan sebanyak sembilan buah kenderaan termasuk empat buah motosikal.  

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.01 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya.

“Turut terbakar sembilan buah kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda, tiga kereta sedan dan empat motosikal,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini. 

Menurutnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahuh mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki, dua pancutan sumber air dari jentera dan pili bomba. 

“Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, pasukan operasi kemudian menamatkan operasi pada jam 1.57 petang,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama