JIM Sabah usir 6 PATI warga China

Enam pendatang asing tanpa izin PATI warganegara China dihantar pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China, malam tadi menggunakan perkhidmatan penerbangan Batik Air. Foto | Ihsan JIM Sabah.


TAWAU: Enam pendatang asing (PATI) warganegara China dihantar pulang ke negara asal, melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China, malam tadi.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, penghantaran pulang enam lelaki berumur antara 32 hingga 55 tahun melalui perkhidmatan udara menggunakan penerbangan Batik Air.

"PATI yang dipindahkan itu sebelum ini didapati dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa. 

"Mereka telah selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal setelah lengkap dokumen perjalanan," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

SH Sitti Saleha, berkata setakat tahun ini seramai seramai 42 tahanan warganegara China sudah diusir pulang ke negara asal manakala jumlah keseluruhan warganegara asing yang telah berjaya dipindahkan ke negara asal adalah seramai 8,157.

“Semua tahanan Pati terbabit akan disenarai hitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang dilakukan,” katanya. 



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama