JIM Sabah nafi pengeluaran notis iklan Program Pemutihan atau Pendaftaran Smart Sabah

Notis palsu berkenaan Program Pemutihan atau pendaftaran pekerja asing Smart Sabah yang dilaksanakan di Pejabat Ladang Desa Teh, Ranau. 
 


RANAU: Jabatan Imigresen Negeri Sabah menafikan pengeluaran notis berkaitan program pemutihan atau pendaftaran pekerja asing Smart Sabah yang dilaksanakan di Pejabat Ladang Desa Teh, Ranau, pada Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pihaknya turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan mesej atau iklan yang tersebar di platform pemesejan seperti WhatsApp atau media sosial.

“Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan mesej melalui Whatsapp mahupun di platform sosial media yang lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi sosial media milik JIM Sabah.

Menurut Saleha, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

“Individu yang menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tambahnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama