Gegaran gempa bumi lemah dikesan di Tawau

Lokasi gegaran yang dikesan, awal pagi tadi. Foto | METMalaysia.

TAWAU : Gempa bumi lemah berukuran 2.7 skala Richter dikesan di beberapa kawasan di sini, awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), menerusi kenyataan ringkas di laman rasminya memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.54 pagi.

"Pusat gempa dikesan terletak pada kedudukan 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km).

"Lokasi membabitkan jarak 17km utara dari Tawau, Sabah dan gegaran dirasai di sekitar daerah itu,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook, pagi ini.

Dalam kenyataan sama jabatan itu memohon mereka yang merasai gegaran berkenaan supaya mengisi borang soal selidik pada pautan yang disediakan.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama