Dua wanita cedera, kereta dinaiki terbabas jatuh gaung

Mangsa berusia 33 dan 31 tahun mengalami kecederaan akibat kereta yang mereka naiki terbabas sendiri dan masuk gaung sedalam empat meter.


TAWAU: Dua wanita terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas cedera dalam kemalangan di Jalan Kampung Ranggu, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 33 dan 31 tahun mengalami kecederaan akibat kereta yang mereka naiki terbabas sendiri dan masuk gaung sedalam empat meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.40 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bomba bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iris dipercayai terbabas sendiri dan masuk gaung sedalam empat meter.

“Terdapat dua mangsa masih berada di dalam kereta berkenaan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Jemishin berkata kedua-dua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Tawau menggunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 8.19 pagi setelah tiada lagi bahaya lain yang wujud,” katanya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama