Bicara Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional LD: Mohamad Nazmie dicabar bertarung "one by one"

Seramai 13 remaja hadir di Mahkamah Tinggi di Tawau atas pertuduhan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat.


TAWAU : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa Allahyarhan Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, dicabar untuk bertarung satu lawan satu di bilik Asrama 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu, pada malam 21 Mac lalu.

Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata demikian ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Menurut saksi itu memaklumkan tertuduh pertama mencabar Aizzat 'berfight' satu lawan satu dan mengarahkannya memilih siapa-siapa saja dari kalangan mereka untuk bertarung satu lawan satu di bahagian tengah bilik asrama berkenaan.

Katanya, tertuduh ke-11 kemudiannya tampil menawarkan diri dengan mengatakan “biar aku lawan dia” sebelum mereka berdua bergaduh disitu manakala yang hanya mendiamkan diri sambil mengelilingi menyaksikan pergaduhan itu.

Bagaimanapun saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam Kamarudin Mohmad Chinki bahawa Aizzat (si mati) juga ada menumbuk tertuduh ke-11 semasa pergaduhan itu tetapi tidak mengetahui samaada tertuduh ke-11 ada mengalami lebam di rusuk kiri.

Saksi itu juga tidak setuju dgn cadangan peguam bahawa pernyataan saksi yang dibuatnya dibantu oleh pihak polis.

Prosiding perbicaraan membabitkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada jam 9 malam pada 21 Mac hingga jam 7.38 pagi pada 22 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, dan Chen Wen Jye, sementara lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika termasuk peguam lantikan, Vivien Thien, Jhesseny P Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Pendakwaan pula diketuai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abd Latif, Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama