![]() |
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Sabah sehingga jam 5:00 petang, 26 Disember 2024. (Foto Google) |
METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 3.20 petang itu memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar).
“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.
“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.
Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.