![]() |
Asmaa Chekima, 23, asal Algeria, menerima Anugerah Tun Zaki Tun Azmi(Antarabangsa) merah perhatian orang ramai pada Majlis Konvekesyen UMS kali ke-26.(Foto Ihsan UMS) |
Graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Perniagaan Antarabangsa) berusia 23 tahun itu mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t atas pencapaiannya.
Asmaa turut menegaskan bahawa agama dan usaha gigih menjadi tunjang utama kejayaannya dalam perjalanan akademik.
Menurut Asma, tidak ada rahsia khusus untuk kejayaannya, melainkan mematuhi dua prinsip utama iaitu sentiasa berdoa dan berusaha keras untuk mencapai impian yang dinginkan.
“Pertama, sentiasa berdoa tanpa henti dan jangan berputus asa, kerana tiada yang mustahil selagi kita ada impian dan berserah kepada Allah. Kedua, bekerja keras dan jangan berhenti separuh jalan,” katanya melalui satu kenyataan yang dimuatnaik di laman rasmi milik UMS.
Asmaa turut berkongsi bahawa keseimbangan antara kerja dan kehidupan adalah penting dalam mengekalkan momentum pembelajarannya.
“Kita mesti pandai membahagikan dan menguruskan masa dengan bijak, sentiasa rancang jadual belajar dan aktiviti rutin lebih awal.
“Apa yang penting adalah jangan pernah abaikan solat, jaga solat dan sentiasa berdoa kerana dengan melakukan perkara tersebut, ia dapat membantu kita merasakan masa sentiasa mencukupi,” ujar Asmaa.
Sebagai anak kepada seorang profesor yang juga ahli akademik terawal di UMS, Asmaa menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasi utama.
Kata Asmaa, dia juga bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah bapanya dengan menjadi profesor suatu hari nanti, walaupun buat masa ini merancang untuk menceburi dunia korporat dan bekerja di Syarikat terlebih dahulu.
“Kemudian, dalam beberapa tahun akan datang, saya merancang untuk menyambung pelajaran dan mengikuti jejak langkah ayah saya secara berperingkat dengan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan PhD.
“Akhirnya, saya bercita-cita untuk menyambung legasi ayah saya sebagai seorang profesor,” tambahnya.
Asmaa Chekima, yang juga graduan kelas pertama, adalah salah satu daripada ramai graduan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26.