![]() |
Foto ihsan bomba |
PUTATAN: Seorang wanita maut dan kanak-kanak lelaki cedera parah selepas dirempuh kereta api ketika sedang melintas di landasan di hadapan Kampung Petagas, Putatan, di sini hari ini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.58 petang.
Tujuh anggota bomba dari BBP Putatan bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan dua orang mangsa iaitu seorang wanita dewasa berumur 41 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun.
"Mangsa dirempuh ketika sedang melintas di landasan oleh kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari Beaufort.
Mangsa wanita, iaitu ibu kepada kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan selanjutnya.