![]() |
Foto Ihsan: The Star |
Kedudukan ini menempatkan Sandakan dalam kalangan sepuluh lokasi terbaik di rantau APAC yang dianggap sebagai 'permata tersembunyi' dan patut diterokai.
Menurut laman web kembara Tripzilla, Sandakan adalah syurga bagi pencinta alam dan hidupan liar, menawarkan akses ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan ekosistem unik seperti Sungai Kinabatangan.
Dengan kedudukannya yang tinggi dalam senarai ini, Sandakan bakal menarik lebih ramai pelancong antarabangsa yang ingin menerokai keindahan alam dan budaya tempatan yang unik di masa akan datang.