![]() |
Datuk Dr Mohd Ariffin Arif (5 dari kanan) bersama mahasiswa penerima bantuan TPNS |
KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah menyalurkan bantuan pendidikan kepada 21 mahasiswa dan 15 pelajar sekolah menerima bantuan kaca mata bernilai RM200 di Bilik Madani, Wisma Muis, di sini pada Selasa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Arif berkata, sejumlah RM200,000.00 peruntukan tambahan diluluskan bagi pelajar yang layak memohon bantuan berkenaan.
Jelas beliau, lebih daripada 8 juta telah diperuntukkan untuk dimanfaatkan oleh lebih daripada 8 ribu mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) serta pelajar dari kategori e-kasih dan B40 melalui TPNS.
"Hari ini kita menyampaikan sumbangan tabung pendidikan bersama kepada 34 pelajar di dalam dan di luar negeri yang memerlukan khususnya dari segi bayaran yuran mereka.
"Alhamdulillah pada hari ini lebih RM200,000.00 kita luluskan untuk tambahan pelajar yang layak dan hari ini juga kita menyampaikan secara simbolik 15 pelajar yang menerima cermin mata atau kacamata untuk mereka bermasalah kelihatan semasa belajar dan akan kita bantu.
"Lebih kurang 8 juta daripada tabung berkenan telah dimanfaatkan oleh 8,000 pelajar," katanya.
Kata Ariffin yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah memaklumkan berdasarkan laporan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah lebih 2 ribu pelajar di Sabah memerlukan bantuan cermin mata bagi menjalankan sesi pembelajaran.
![]() |
Datuk Dr Mohd Ariffin Arif menyerahkan mock cheque kepada Ibu yang mewakili anaknya. |
Tambah beliau, bagi mereka yang tidak berjaya menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dan mengalami kesukaran dari segi kewangan bagi melanjutkan pengajian dan pembayaran yuran boleh memohon bantuan TPNS.
"Tabung pendidikan ini telah membantu sedikit sebanyak keperluan mereka.
"Tabung pendidikan Sabah yang diilhamkan oleh yang amat berhormat Ketua Menteri kita dan kini telah membantu lebih daripada 8,000 pelajar sejak tahun lalu sehingga hari ini.
"Kepada ibu bapa dan anak-anak yang bermasalah dari sudut pembayaran yuran atau masalah untuk memasukkan ke universiti, saya minta mereka untuk memohon kepada Tabung Pendidikan Negeri Sabah," katanya.
Jelasnya, setiap kali bantuan disalurkan, satu mesyuarat akan diadakan bagi mengenalpasti mereka yang layak dan ini merupakan siri ketujuh pada tahun ini.
"Kita akan mengadakan masyuarat sekerap mungkin agar mereka yang memerlukan bantuan ini anak-anak kita dapat kita bantu secepat mungkin.
"Khususnya dari sisi keperluan pembelajaran atau yuran pengajian mereka dan ada yang memerlukan perkara ini," katanya lagi.