Kebakaran Stor Farmasi di Hospital Papar, Sabah

 

Foto ihsan Bomba


PAPAR– Sebuah stor farmasi di Hospital Papar, Sabah terbakar sepenuhnya dalam satu insiden di sini malam ini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman memaklumkan, 8 anggota dari BBP Papar dengan bantuan tambahan dari BBP Kimanis yang dianggotai 5 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, dan tiba pada jam 7.08 malam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah mengesahkan menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 malam.

"Kebakaran tersebut melibatkan dua bangunan iaitu sebuah stor farmasi jenis kekal yang terbakar sepenuhnya dengan keluasan 50x25 kaki.

"Serta sebuah bangunan bilik makmal yang hanya mengalami kesan bahangan," katanya.

Operasi pemadaman melibatkan 14 anggota serta jentera FRT, EMRS, dan RRV, pasukan Bomba.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam insiden ini dan maklumat terkini akan terus dikemas kini.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama