![]() |
Ketua menteri pada sidang media di Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Kimanis Power Sdn Bhd di Stesen Janakuasa Kimanis di Kimanis, di sini, hari ini. |
PAPAR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor meminta pihak berkuasa untuk menyiasat video yang mengaitkan ahli dewan undangan negeri dengan rasuah.
"Kita minta biar berkuasa menyiasat. Kita akan bagi kerjasama.
"Tetapi siasat juga yang pemberi rasuah. Itu pemberi rasuah mempunyai niat yang tidak baik.
"Untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan, (tetapi) apabila tidak dapat (projek) inilah keluar.
"Jadi bagi saya, untuk bersikap adil, tangkap dia dulu. Siasat dia," beliau berkata selepas Pelancaran Pecah Tanah Projek Loji Janakuasa 100MW Kimanis Power (Dua) Sdn Bhd dan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Kimanis Power Sdn Bhd di Stesen Janakuasa Kimanis di Kimanis, di sini, hari ini.
Apabila ditanya samada tuduhan bahawa video teesebut menyebut ahli-ahli politik daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk nama beliau, Hajiji berkata:" Saya tidak ada apa-apa."
"Kerajaan (GRS) masih berjalan dengan baik. Itu cuma tuduhan.
"Kerajaan GRS tidak ada apa-apa yang boleh kita sembunyikan."