Hujan lebat berterusan landa Sabah sehingga 4 petang ini

Amaran ribut petir dan hujan lebat berterusan di kawasan Pedalam, Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah, hari ini.

KOTA KINABALU: Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 4.00 petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

METMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12.40 tengah hari itu memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama