Dua pelajar terselamat dalam insiden banjir di SK Kebabaig, Penampang

Foto ihsan Bomba

PENAMPANG - Dua pelajar di SK Kebabaig, Penampang, berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam banjir yang melanda kawasan berkenaan, di sini, petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan, kejadian berlaku sekitar jam 6.06 petang, apabila pihak bomba menerima panggilan mengenai dua mangsa yang terperangkap akibat banjir.

"Terdapat 2 orang mangsa pelajar dilaporkan terperangkap dalam banjir," katanya.

Pasukan Bomba Balai Penampang yang tiba di lokasi hanya tiga minit selepas menerima panggilan, bertindak pantas memindahkan kedua beradik berkenaan ke lokasi selamat.

"Operasi tamat pada jam 6.47, setelah memastikan tiada lagi ancaman bahaya selepas pemindahan mangsa selesai,"ujarnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama