Hajiji arah JKR proaktif tangani isu jalan rosak di Sabah

Ketua Menter semasa lawatan kerja ke Kementerian Kerja Raya di Bangunan JKR, Sembulan di sini hari ini. 

KOTA KINABALU– Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, telah mengeluarkan arahan tegas kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri agar bertindak secara proaktif dalam menangani isu kerosakan jalan raya di seluruh Sabah. 

Menurut beliau, pendekatan segera dan berkesan adalah penting bagi memastikan keperluan rakyat diberi perhatian.

"Kita mesti proaktif. Jika perlu, arahkan syarikat konsesi untuk membaiki kerosakan serta merta. Kita mesti sentiasa memikirkan keperluan rakyat. 

“Tanpa tindakan, kerajaan dan JKR akan terus mendapat tindak balas daripada rakyat," katanya semasa lawatan kerja ke Kementerian Kerja Raya di Bangunan JKR, Sembulan.

Hajiji turut menekankan keperluan untuk meningkatkan pemantauan oleh pegawai JKR di setiap daerah, sama ada melibatkan jalan persekutuan atau negeri.

“Berita perhatian terhadap rungutan rakyat. Ada aduan tetap. Jadi saya mahu JKR negeri jangan tunggu tetapi cari penyelesaian segera kepada masalah itu,” ujar Hajiji. 

Menurutnya, dalam menangani isu Air Tidak Terhasil (NRW) itu Kerajaan Negeri akan melantik penyiasat bebas untuk mengenalpasti sumber kehilangan air yang dianggarkan mencapai 60 peratus, serta mengatasi masalah kecurian air yang semakin berleluasa.

Dalam lawatan tersebut, Hajiji turut mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, untuk meneliti isu kekurangan tenaga kerja di kementerian sebagai langkah memperkukuh pasukan sedia ada dalam menyelesaikan masalah infrastruktur negeri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri III, merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya, memberi jaminan bahawa kementeriannya komited untuk mengatasi isu-isu berkaitan infrastruktur dan akan terus meningkatkan usaha penyelesaian melalui pelbagai inisiatif.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam; Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif; Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoon Jin Zhe; serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama