![]() |
Bomba sedang menjalankan kerja-kerja memadamkan pondok jual durian yang terbakar |
Komander Operasi, PBK II Mohammad Farhad Abdullah memberitahu bahawa identiti wanita itu dikenalpasti sebagai Latihim Baling kok dan telah dihantar ke Hospital Kota Belud oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan MERS999 pasa pukul 2.39 petang tadi (Selasa) dan jentera bergegas ke lokasi, dan tiba pada pukul 2.40 petang.
"Kami dapati seorang wanita warga emas telah dihantar ke hospital oleh orang awam kerana tidak sedarkan diri akibat daripada kejadian kebakaran pondok ini," katanya.
Menurut beliau lagi, seramai lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dikejarkan ke lokasi kejadian bagi tujuan memadamkan kebakaran.
"Operasi terkawal pada pukul 3.29 petang dan operasi ditamatkan pada pukul 3.32 petang.
"Kita dapati pondok yang terbakar ini adalah pondok menjual durian dengan keluasan 10x10 kaki persegi dan musnah sepenuhnya selepas dijilat api.
"Operasi memadamkan kebakaran dijalankan dengan menggunakan satu aliran salur bantu sumber air dari tangki jentera," katanya lagi.
Selain itu, operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran itu turut dibantu oleh dua anggota polis dan dua anggota Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) .