Warga emas hilang dihutan, ditemui selepas hari ketiga

Operasi menyelamat dan  pencarian mangsa dijalankan selama tiga hari


TENOM: Seorang lelaki warga emas berumur 60 tahun yang dikhuatiri hilang di hutan ditemui selepas hari ketiga misi pencarian dijalankan.

Komander Operasi, PBK II Mclean C Madis berkata operasi pencarian diteruskan pada hari ketiga (Selasa) dan mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

"Mangsa berjaya dijumpai oleh orang awal pada pulul 12.15 tengah hari di kampung bersebelahan iaitu Kampung Masanoi.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada ahli keluarga dan operasi menyelamat dan pencarian ditamatkan tepat pukul 2.08 petang, Selasa," katanya.

Identiti mangsa dikenali sebagai Joseph Silang dilaporkan hilang sejak Ahad selepas

pengadu membuat laporan berkenaan kehilangannya di talian kecemasan MERS999 pada Ahad, pukul 10.36 malam.

"Mangsa dilaporkan hilang di Jalan Kemabong, Kampung Baru dan selepas menerima panggilan kecemasan, seramai sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom digegaskan bagi misi pencarian.

"Menurut pengadu yang juga merupakan JKKK Kampung, mangsa telah keluar ke kebun pada hari Jumaat sebelah pagi (16.08.2024) dan belum pulang ke rumah sehingga laporan dibuat," katanya lagi.

Operasi menyelamat dan mencari mangsa dijalankan dengan kerjasama daripada sembilan anggota polis, tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lapan anggota RELA dan 30 orang awam.

Selain itu, operasi itu turut melibatkan Unit Pengesan K9 dengan dikendalilan oleh PBKI (KUP) Harry Holy, PB Rwenveselin. M.








Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama