KOTA KINABALU: Bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bersama tiga individu menuntut writ saman ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah RM100 juta.
Kesemua plaintif terdiri daripada Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain, Fabian Anak Rungan, Dennis Anak Enit dan Mohd Azlan Sakaranturut menuntut ganti rugi khas, deklarasi dan permohonan maaf daripada 11 defendan.Difailkan di Mahkamah Tinggi Tawau, writ saman terbabit difailkan melalui Tetuan Lincon & Company pada 15 Ogos lalu, dan semua defendan terdiri daripada Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah sebagai defendan pertama hingga defendan keempat.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, Asisten Komisioner Ts Dr. Mohd Hakim Hashom, Deputi Superintendan Yusman Shahri Marinsah dan Ketua Polis Negara pula dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, Asisten Komisioner Ts Dr. Mohd Hakim Hashom, Deputi Superintendan Yusman Shahri Marinsah dan Ketua Polis Negara pula dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan.
Menerusi kenyataan medianya, Mat Zaki menyatakan tindakan itu diambil selepas beliau dan kesemua bekas anggota ESSCOM sebelum ini berasa terus ditekan daripada pelbagai sudut walaupun mereka sudah dibebaskan serta dilepaskan daripada tuduhan 302 Kanun Keseksaan kerana terbukti tidak bersalah.
"Ada antara kami juga dipindahkan keluar dari ESSCOM selain ada dipindah keluar dari kontinjen Sabah tanpa sebarang justifikasi yang jelas.
"Walaupun kami masih dalam proses untuk pulih dari kesan trauma yang disebabkan oleh tuduhan salah yang mereka buat tetapi hal ini seolah-olah memperlihatkan kami telah bersalah," katanya dalam sebuah kenyataan yang dikongsikan pada Selasa.
Menurut Mat Zaki, semua plaintif terus ditekan, dimalukan dan rayuan tidak dilayan.
"Oleh itu, kami terpaksa mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut ganti rugi dan sebagai langkah mahu memulihkan maruah di mata masyarakat," ujar beliau lagi.