Tujuh motosikal disita, seorang lelaki mabuk ditahan dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan
TAWAU: Polis menyita tujuh buah motosikal serta menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan tidak mempunyai lesen seterusnya melanggar spesifikasi yang ditetapkan dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di sekitar Bandar Tawau di Batu 2, Jalan Apas, Tawau semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah mengeluarkan sebanyak 33 keping notis saman Pol.257 atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang bermula pada jam 9.00 malam dan tamat pada jam 11.00 malam.
Menurutnya, operasi yang dijalankan secara bersepadu itu membabit seorang pegawai dan 11 anggota polis terdiri daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau (BSPT) dan Balai Polis Tawau dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan atau mat rempit di daerah itu.
"Selain tujuh motosikal telah disita, kita juga mengeluarkan 33 keping notis saman kepada mereka yang menyalahi undang-undang antaranya tidak mempnyai lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tidak mempunyai perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan, tidak mempunyai cermin sisi, tidak mempunyai nombor plat kenderaan, tidak mempamerkan stiker P, lampu selain dari putih dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran.
"Turut ditahan seorang lelaki warga asing berusia 21 tahun kerana disyaki menunggang motosikal dibawah pengaruh alkohol dandi bawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau untuk menjalani ujian saringan pernafasan dengan menggunakan alat SD2+ dan EBA.
“Hasil ujian yang diambil dari alat SD2+ dan EBA, lelaki tersebut ditahan kerana positif alkohol dalam kandungan darah dan siasatan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada Ahad.
Menurutnya, selain membendung samseng jalanan, operasi itu juga bertujuan bagi memastikan pemandu kenderaan serta penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Ujarnya, operasi yang dijalankan juga tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan laluan utama dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kemalangan jalan raya, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.
"Pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral dan operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut," ujarnya lagi.
CAPTION:
Lelaki ditahan mabuk, tujuh motosikal di sita dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan