Tiga motosikal musnah dalam kebakaran sebuah gerai

Kebakaran gerai di Japan Mibo Lama, musnahkan tiga motosikal


TAWAU: Tiga motosikal musnah terbakar dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah gerai di Jalan Bandar Mibo Lama pada pagi Isnin. 

Komenader Operasi, Mohd Yahya Abd Fattah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.04 pagi. 

"Susulan dari panggilan kecemasan itu, seramai 16 anggota pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejarkan ke lokasi dan agensi lain yang turut bersama-sama mereka adalah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan SESB.

"Kebakaran itu melibatkan sebuah gerai separuh kekal berkeluasan 50x70 kaki terbakar 100 peratus dan turut terbakar tiga buah motosikal terbakar 100 peratus," katanya.

Tambah beliau lagi, pihak bomba bertungkus-lumus dalam usaha memadamkan kebakaran.

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua pancutan sumber air dari jentera dan tangki air.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan dalam kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Isnin.

Operasi memadamkan kebakaran dan menyelamat selesai pada pukul 11.47 pagi.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama