Tiga kenderaan berlanggar, kemalangan jalan raya di Papar

Kenderaan kemalangan di Papar


PAPAR: Sebuah kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan berlaku di Jalan Pan Borneo, Jambatan Simpudu Papar, petang Selasa.

Komander Operasi, PBK II Hamdani Harith berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.42 petang dan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

"Selepas menerima panggilan di talian balai, jentera bergerak dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.55 petang bagi operasi menyelamat.

"Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta jenis Toyota single Cab, sebuah kereta jenis Toyota Double Cab dan sebuah trailer membawa muatan excavator.

"Selain itu, seramai tiga orang mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Papar menaiki jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Jelasnya, identiti kesemua mangsa belum dikenalpasti.

Dua daripada mangsa cedera parah manakala seorang lagi mangsa cedera ringan.

Operasi menyelamatkan ditamatkan pada pukul 6.23 petang.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama