Tiada ancaman tsunami untuk Malaysia: METMalaysia

Kenyataan maklumat gempa bumi dari METMalaysia


KOTA KINABALU: Sebuah gempa bumi sederhana berlaku dengan ukuran magnitud 5.3 berlaku di Samar, pada pukul 11.39 pagi Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 11.47 pagi Isnin memberitahu bahawa gempa bumi itu berlaku dengan kedalaman 102 kilometer (km).

"Koordinat kejadian ini berlaku ialah 13.o darjah Utara dan 124.8 darjah Timur, dengan jarak 91km Timur daripada Bandar Sorsogon, Filipina," katanya. katanya.

METMalaysia dalam kenyataan itu turut memberitahu bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, termasuk Sabah.

"Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi itu dan perkembangan lanjut akan dikongsikan sekiranya ada," ujarnya lagi.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama