Perodua Myvi hilang kawalan, mangsa meninggal di tempat kejadian di Kota Marudu


,:..
Myvi hilang kawalan, terbabas lalu terbalik di kebun pisang

KOTA MARUDU: Seorang lelaki maut di lokasi kemalangan selepas kenderaan Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan, terbabas dan terbalik di sebuah kebun pisang, di Kampung Langkon dekat sini tengah malam tadi (Isnin).

Komander Operasi, PBK II Muhamad Dini Ghani memberitahu bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.02 pagi.

"Selepas menerima panggilan kecemasan MERS999, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikejarkan ke lokasi.

"Mangsa didapati tersepit dalam

kenderaannya dan berjaya dikeluarkan oleh anggota yang bertugas," katanya.

Menurut beliau lagi, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Selepas disahkan meninggal di lokasi kejadian, mangsa kemudiaannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi menyelamat selesai dan ditamatkan pada pukul 1.42 pagi," katanya.

Identiti mangsa tersebut dikenalpasti sebagai Granson Poyo berumur 36 tahun.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama