![]() |
Amaran ribut petir dari METMalaysia |
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan kawasan seluruh Sabah.
"Kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) serta Sandakan (Tongod dan Sandakan) antara kawasan yang menerima amaran ribut petir dan hujan lebat.
Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 2.30 petang itu juga, METMalaysia memberitahu bahawa keadaan ribut petir dan hujan lebat itu dijangka berterusan sehingga lewat petang.
Negeri lain yang turut menerima amaran ribut petir itu adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.