![]() |
Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja membersihkan tumpahan merkuri |
TUARAN: Insiden termometer pecah di sebuah makmal di Sekolah St. John Tuaran telah mengakibatkan tumpahan merkuri.
Komander Operasi, PBK II Azran Jull berkata, balai menerima panggilan pada pukul 9.07 pagi berkenaan insiden tersebut.
"Jentera kami bersama kekuatan sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran segera bergegas ke lokasi sejurus selepas menerima panggilan dari talian di balai kami.
"Didapati, termometer yang pecah di dalam makmal sekolah itu telah menyebabkan tumpahan cecair merkuri," katanya.
Menurut beliau, operasi membersihkan tumpahan merkuri dilakukan oleh anggota dengan menggunakan pasir.
"Pasukan bomba dengan set lengkap PPE bertindak membersihkan tumpahan merkuri itu dengan pasir dan operasi selesai pada pukul 9.35 pagi, Selasa," katanya lagi.
Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dari insiden tersebut.