Hujan lebat di beberapa kawasan seluruh negeri Sabah

Amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan seluruh negeri Sabah, hingga petang ini (Selasa)

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di seluruh negeri Sabah dijangkakan mengalami hujan lebat dan menerima amaran ribut petir daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh METMalaysia pada pukul satu tengah hari, Selasa, kawasan-kawasan yang disenaraikan sebagai kawasan yang terlibat ialah Pedalaman di Nabawan, Tawau termasuk Kunak dan Semporna, serta Sandakan termasuk Kinabatangan.

"Amaran ribut petir ini dijangkakan bersama hujan lebat, serta akan berterusan hingga pukul empat petang ini," katanya.

Selain itu, negeri lain yang turut menerima amaran ribut petir dan hujan lebat ialah Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Tiada amaran angin kencang dan laut bergelora


METMalaysia dalam pada itu memberitahu walaupun amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan bagi kawasan-kawasan tersebut, namun tiada amaran angin kencang dan laut gelora.

"Tidak ada amaran berkaitan situasi angin kencang dan laut bergelora setakat ini," katanya dalam sebuah kenyataan berasingan yang dikongsikan pada pukul 11 pagi, pada Selasa.





Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama