SOGT Kimanis jalankan latihan kecemasan Ex-Crocker3 esok, penduduk jangan panik

SOGT adakan latihan kecemasan esok (Selasa), penduduk sekitar jangan panik

PAPAR: Sabah, Oil and Gas Terminal (SOGT) Kimanis akan menjalankan latihan kecemasan Ex-Crocker3 pada esok (6 Ogos) dan penduduk di sekitar kawasan tersebut dinasihati agar tidak panik.

Polis Daerah Papar memberitahu dalam sebuah kenyataan media dan menasihati penduduk kampung khasnya di kawasan berhampiran untuk tidak panik.

"Penduduk kampung yang tinggal berhampiran SOGT dinasihatkan agar tidak panik jika terdengar bunyi siren dan melihat kenderaan agensi penyelamat di kawasan terminal tersebut," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook, pada Isnin. 

Latihan Kecemasan Bersepadu itu merupakan latihan bersama yang diadakan oleh pihak SOGT bersama beberapa agensi kerajaan yang lain.

"Latihan ini akan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Papar, Bomba Kimanis/Papar, Hospital Papar dan beberapa lagi agensi-agensi kerajaan yang terlibat. 

"Sekiranya terdapat permasalahan atau pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Papar di talian 088 - 912222," ujarnya. 


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama