PRN17: PBS bakal kerjasama dengan semua komponen GRS

Joachima (tengah) bergambar bersama dengan semua yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 bagi lima PBS Bahagian di Dewan Pa' Musa, Beaufort

BEAUFORT: Parti Bersatu Sabah (PBS) bakal bekerjasama dengan semua komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, PBS kekal pendirian bersama dalam GRS yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

"Saya percaya ini adalah masa untuk kita meningkatkan usaha. 

"Kita perlu memenangkan GRS di semua kawasan yang kita bertanding.

“PBS akan pegang janji, we are with GRS,” tegasnya. 

Joachim berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 bagi lima Bahagian Pedalaman Bawah N30 Bongawan, N31 Membakut, N32 Klias, N34 Lumadan dan N35 Sindumin di Dewan Pa’ Musa pada Ahad.

Seramai lebih 800 ahli PBS hadir pada mesyuarat terbabit. 

Turut hadir Timbalan Presiden PBS Datuk Jahid Jahim, Naib Presiden Datuk Johnny Mositun dan Datuk Arthur Sen, Ketua Bahagian Jitim Abak, Egol Onsim, Hamim Gunsim dan Angian Alai, Ketua Wanita Datin Malianah Ugau, Setiausaha Kerja PBS Mesilus Roman dan  Ketua Pemuda, Dr. Christoper Mandut. 

Sementara itu, beliau turut menafikan dakwaan video tular yang sengaja dibuat dan disebarkan oleh pihak pembangkang di media sosial menyatakan PBS-STAR akan bertanding solo pada PRN akan datang.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama