![]() |
Wakil Shopee Malaysia bersama ahli DBKK bergambar kenangan selepas sesi kunjungan hormat |
KOTA KINABALU: Shopee Malaysia hadir dalam membuat kunjungan hormat pertamanya bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini, pada Rabu.
DBKK dalam sebuah hantaran di laman media sosial Facebooknya berkongsi bahawa kunjungan itu adalah bertujuan bagi membincangkan perancangan Shopee untuk membuka hab logistik SPX Express di Sabah, serta mendapatkan nasihat strategik daripada DBKK.
Turut sama semasa sesi kunjungan hormat itu ialah Ketua Pengarah DBKK Sr. Lifted Wong, diiringi oleh ketua-ketua jabatan DBKK termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Robert Lipon, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan Kalvin Liaw, dan Pengarah Jabatan Pelesenan Rozie Khan.
Selain itu, wakil dari Shopee Malaysia pula terdiri daripada Ketua Hal Ehwal Luar SEA Limited Nik Emir, Bahagian Hal Ehwal Kerajaan Fatin Sakinah Thasminee dan Masuri, serta SPX Express (Operasi), Edi Mohammad.