Ketua Menteri saksi tiga pembayaran dividen berakhir tahun 2023



Hajiji menyaksikan Pengerusi Saham Sabah Berhad Datuk Rusdin Riman (tiga kiri) menyampaikan cek replika kepada Safar (tiga kanan)

Jasnih (dua kiri) menyampaikan pembayaran dividen kepada Safar (dua kanan) disaksikan Hajiji (tiga kanan)

Hajiji (tengah) menyaksikan penyampaian dividen daripada Rahim (enam kiri) kepada Yusuf (enam kanan)


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan tiga pembayaran dividen bagi tahun berakhir 2023 di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) membayar dividen RM3.5 juta kepada Kerajaan Negeri dan RM147 juta kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah. 

Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya menyampaikan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri  Safar Untong bagi pihak Kerajaan Negeri.

Jasnih turut menyerahkan replika cek pembayaran dividen RM147 juta daripada ICSB kepada pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar. 

Majlis penyampaian dividen kedua ialah daripada Angkatan Hebat Sdn. Bhd. kepada Qhazanah Sabah Berhad, berjumlah RM4.681 juta. 

Pengerusi Angkatan Hebat Sdn. Bhd. Datuk Rahim Ismail menyerahkan replika cek itu kepada Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr. Yusuf Yacob disaksikan Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Dalam acara sama, Hajiji turut menyaksikan penyampaian dividen daripada Saham Sabah Berhad (SSB) berjumlah RM7.3 juta kepada Kerajaan Negeri.

Replika cek daripada SSB disampaikan oleh pengerusinya Datuk Rusdin Riman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama