SEMPORNA: Sebuah rumah musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Kapor petang Selasa.
Komander Operasi, Badri Alkap berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 5.45 petang.
"Selepas menerima panggilan kecemasan, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dan tiga anggota dari BBP Air Semporna dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu operasi memadamkan kebakaran tersebut.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 25×25 kaki terbakar 100 peratus," katanya.
Tambah beliau lagi, tiada mangsa terkorban dalam kejadian itu dan operasi pemadaman api masih giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, lewat petang Selasa.
Tambah Badri, pihaknya akan sentiasa mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa.