Rumah dua tingkat musnah dijilat api di Pitas


Rumah dua tingkat yang musnah sepenuhnya dijilat api

PITAS: Sebuah rumah dua tingkat musnah sepenuhnya dalam sebuah kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Salimpodon, Rabu malam.


Komander Operasi, PBK I KUP Kamarudin Sabanah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.08 malam dan jentera penyelamat dikejarkan dan tiba di lokasi pada pukul 9.32 malam.


“Sebaik saja menerima panggilan kecemasan (MERS999), seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera FRT.


“Operasi memadamkan kebakaran dijalankan dan dapat dikawal pada pukul 9.44 malam,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini pada pagi Khamis.


Menurut beliau lagi, operasi memadam kebakaran rumah dua tingkat yang berkeluasan 40x40 kaki itu ditamatkan pad pukul 11.49 malam.


“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian kebakaran ini,” ujar beliau lagi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama