Remaja perempuan meninggal dunia, lemas di Kampung Sungangon

Mangsa ketika ditemui dan disahkan meninggal oleh pihak KKM


RANAU: Seorang remaja perempuan berumur tiga belas tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai lemas semasa membuat aktiviti air di sungai berdekatan rumahnya.

Komander Operasi, PBK II Becket Gumat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden mangsa lemas di Kampung Sungangon, Jalan Ranau-Sandakan pada pukul 4.37 petang Isnin.

"Seramai tiga anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan di talian balai di bilik kawalan.

"Menurut pemanggil yang menghubungi pihak kecemasan, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung," katanya.

Tambah beliau lagi, mangsa ditemui dengan jarak 500 meter dari tempat lokasi dia dilaporkan lemas.

Katanya, pasukan bomba menjalankan operasi mengangkat mangsa untuk diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

"Pihak KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan tindakan susulan," katanya lagi.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 7.35 petang, Isnin.

Identiti mangsa dikenalpasti sebagai Nerlyne Christine Januai.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama